chantek & kachak

pensil dan pemadam ...

Assalamualaikum...
erynnadia ;)

Disebalik kisah pensil dan pemadam...


pensil : saya minta maaf .

pemadam : kenapa ? awak tak da buat salah apa-apa pun .

pensil : saya minta maaf kerana saya awak terluka . setiap kali saya buat silap awak sentiasa ada untuk perbetulkan kesilapan saya . kerana saya juga awak semakin mengecil . sedikit demi sedikit awak hilang diri awak sendiri .

pemadam : itu benar . tapi saya tidak kisah . sebab saya diciptakan memang untuk melakukan itu semua . saya diciptakan untuk menolong awak bila awak buat salah walaupun suatu hari nanti saya sudah habis digunakan dan awak akan mencari pengganti yang baru . tapi saya gembira dengan tugas saya . sudah la. awak jangan bersedih . saya tak suka melihat awak bersedih . T_T


renungkan sejenak perbualan pensil dan pemadam ni . cuba kita bayangkan pensil itu adalah kita sebagai seorang anak dan pemadam itu adalah ibu dan ayah kita . pabila seorang anak sentiasa melakukan kesilapan , ibu dan ayah sentiasa ada untuk memaafkan dan perbetulkan kesilapan kita walaupun kadang kala mereka akan berasa sedih dan kecewa dengan kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan .

walaupun ibu dan ayah makin hari makin tua dan akan pergi meninggalkan kita , tetapi sebagai seorang ibu dan ayah itu adalah tanggungjawab mereka untuk perbetulkan kesilapan anak-anak dan mendidik kita sehingga menjadi seorang yang berguna .

jangan pulak selepas kita ada pasangan kita mengabaikan ibu ayah kita . walaupun mereka gembira dengan kehidupan kita yang baru , tetapi tetap terlintas rasa kecewa , rasa sunyi pada mereka apabila kita jarang sekali ambil tahu perihal mereka . hargailah mereka selagi masih ada .

salam dari erin :) erin rindu mama n ayah dikampung T_T .. 11.44pm

No comments :

Post a Comment