Kenapa Kawan Baik Bukan Kekasih?
Setiap orang pasti memiliki kawan baik serasi yang berlainan jantina mahupun yang lelaki ataupun yang perempuan . sekiranya korang dah pun berpasangan tak mustahil pasangan korang berasa jelez atas keserasian korang bersahabat kan . sama juga dengan erin . erin ada pengalaman yang nak kongsi dengan korang .
lets talk about it . bagi erin kawan selamanya tetap kawan walaupun kawan baik erin tu seorang lelaki . kami serasi untuk berkawan dan kawan itu jauh lebih memahami dari pasangan . ehem betol ke ? ah jelez boyfie erin kalau dia masih ada . ahaks ! mujur hati erin masih belum kepunyaan sesiapa . mampus aku nanti .. haha.. =D
kadangkala kita akan terfikir sesuatu , mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita ? mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita . mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya ? mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih dari sekadar kawan biasa ?
kadangkala juga kita terfikir bila sesuatu benda terjadi , mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayang ? mengapa bukan kawan baik itu yang kita cinta ? mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasih ? mengapa bukan kawan baik itu , sedangkan dia lebih memahami ?
MENGAPAKAH ????
dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita akan sering tertanya-tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam hubungan sedia ada . setiap kali hubungan cinta terumbang ambing tanpa paksi kukuh yang dibina , kita berpatah balik pada persahabtaan yang setia kerana sahabat lebih memahami akan masalah yang kita hadapi .
sekali kita berkawan , selamanya tetap kawan . paksi yang ada sentiasa menghadkan hubungan kita sebagai kawan baik . tidak lebih dari seorang sahabat yang serasi .
ini kawan baik erin yang paling erin sayang . sayang seorang sahabat tetap kekal bersama .. ;)
salam dari erin ;) 2.23pm..

semoga persahabatan tu kekal selamanya .
ReplyDeletebut lelaki dan perempuan kalau dah rapat sangat , akan timbul perasaan lain . tp depends pada masing2 :)
first time datang sini :D
thanks ;)
Delete