chantek & kachak

14 february boleh ke sambut ??

Assalamualaikum (!)

14 february sangat dikenali dengan hari kekasih ataupun velentines day kan .. adakah korang umat islam menyambut hari ni untuk meraikan hari kekasih korang semua ? apa pulak hukumnya kan ? jom terjah ke bawah ... :)


Inilah Jawapan kepada kita kenapa Hari Valentine itu Haram Disambut..


[Asal-usul Hari Valentine]
Sejarah bermula apabila seorang Paderi Kristian (St. Valentine) yang merupakan seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup mati dlm keadaan tragis kerana dibunuh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M )

Sejak itulah tarikh 14 Februari diambil dan dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan sekaligus dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian


Tu sebab la kita dilarang sambut Hari Valentine ni..
Cuba pikir, kalu kita sambut, maknanya kita pun merai hari kematian Paderi Kristian.. betul tak ?

[Antara Sikap2 Yang Perlu Dielakkan]

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.


:: Tak salah untuk mencinta dan dicintai,tapi Haruslah berada dilandasan yang betul..elak-elakkanlah sikap berfoya-foya dan mencari keseronokan ketika bercinta ini.. untuk menunjukkan kasih sayang bukan berdasarkan hari-2 tertentu .. hari-2 pun boleh kan... tiap hari sayang ....:)

6 comments :

  1. tp klo bukan hari valentine pun, hari2 len xleh gk wat mnda tu sume kan. hehehe

    ReplyDelete
  2. btul3. xyah la nk smbut Vlntine day ni kn. hehe. xda guna2 pun.

    ReplyDelete
  3. hem. sokong2 pe entry di atas. hehe. so, jgn lah sambut valintine day. pangkah2 yer. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi lau bfday pd wkt 2 cm ne lak??????

      Delete