hai korang , kawan , teman , dan sahabat semua ..sihat ke semua hari ini..? harap korang sihat la ye.. huhu..hari ni aku tak ada kerja.. so bosan sangat .. tak tahu nak buat apa ..so aku buat la entry tentang kehidupan aku .. korang nak baca satu cerita tak ?? ??? kalau nak teruskan pembacaan korang eh ..=)
ibarat :
secara khususnya manusia di bumi ini menciptakan kebiasaan. namun lama kelamaan kebiasaan itu yang menentukan tingkah laku kita sebagai manusia.
cerita dia :
ada seorang pemuda yang hidupnya amat miskin. walaupun pemuda ni miskin dia rajin membaca. suatu hari
pemuda ni tak sengaja mmbaca sebuah buku kuno. buku tu mngatakan bahawa disebuah pantai tertentu ada sebuah batu yang ajaib,batu tu boleh mengubah semua benda menjadi emas.
setelah pemuda ni mempelajari isi buku itu dan memahami selok-belok batu tersebut,dia pun berangkat menuju ke pantai tersebut.
buku tu mengatakan bahwa batu ajaib itu agak hangat bila dipegang.setiap hari pemuda itu memungut batu dan merasakan suhu batu tersebut lalu membuangnya ke laut dalam setelah tahu kalau batu dalam genggamannya itu tidak hangat.
satu batu , dua batu , tiga batu dipungutnya dan dibaling ke laut.
satu hari , dua hari , satu minggu setahun pemuda tu berada di laut dalam..
suatu hari secara tak sedar,batu yang dicari tu tergenggam dalam tangannya. namun kerana dia telah terbiasa membuang batu ke laut,maka batu ajaib tu secara tak sengaja pun terbang ke laut dalam tu juga .
lelaki itu melanjutkan permainannya memungut dan membuang batu . dia kini lupa apa yang sedang dicarinya.
cerita aku mungkin seperti korang juga :
kawan-kawan, pernah tak korang merasakan kalau hidup ini hanyalah satu perkara yang berulang dan membosan kan?? sedar tak sedar dari kecil kita dah pernah merasakan..seperti aku , sejak umur aku 5 tahun aku dah mula bangun pagi untuk ke sekolah. bila tiba waktu tengah hari kita pulang kerumah untuk makan,tonton tv,tidur dan sampai ke malam kita makan malam dan kemuadian tidur..keesokan harinya kita kembali bangun pagi untuk ke sekolah dan melakukan perkara yang sama seperti semalam..hal ini berulang kali kita lakukan. bertahun beb!! sejak aku umur 5 tahun sehingga aku berumur 17 tahun masih dalam keadaan yang sama.. hingga akhir , tiba saatnya untuk aku mula dalam dunia pekerjaan.tak jauh beza dengan waktu bersekolah dulu. masih lagi bangun pagi untuk kehospital lalu pulang pada petang hari ..kemudian rihat.makan.tgk tv tak lupa on9.keesokan harinya aku kembali berkerja dan melakukan perkara yang sama seperti semalam..sampai bila???
pernahkah korang bosan dengan jalan hidup korang??
kalau ada diantara kawan-kawan aku yang merasa demikian,dengarlah nasihat aku ni..
"bila hidup ini kita anggap satu perkara yang berulang dan membosankan,maka korang akan hilang kesempatan untuk menemukan nilai baru di balik setiap peristiwa hidup yang korang lalui.."
:: maksudnya jangan melihat aktiviti yang korang lakukan ini sebagai satu kebiasaan atau rutin harian,kerana jika korang semua menganggap demikian,maka hidup korang amat membosankan..
cuba nikmati peristiwa yang terjadi dalam hidup kita , mungkin korang akan menemukan suatu yang baru,suatu yang belum pernah korang ketahui.."setiap hari merupakan hadiah baru yang menyimpan sejuta erti"
mereka sentiasa bersama jika aku merasa bosan yang teramat sangat..huhu..

No comments :
Post a Comment