chantek & kachak

SEORANG SAHABAT

selamat malam kawan , kawan , dan kawan semua... entry erin kali ni mengenai seorang sahabat .. yee sahabat lagi...cuba korang baca yang kat bawah ni pulak eh..

kawan,,
bila rasa ingin menangis hubungilah aku..aku tak kan suruh kau berhenti menangis..tapi,,,, aku akan kata..
" aku ingin menangis dengan kau tapi tak leh lama sangat,,sebab nanti air mata aku habis..

kawan,,,
jika terasa nak larikan diri..jauh dari masalah yang menyelubungi maklumkan la kat aku..aku tak kan halang kau tapi aku akan kata "berlarilah bersama aku untuk kau lupakan sementara masalah tu..cuma jangan terlalu laju aku tak larat nak kejar.."dan lepas tu aku juga akan kata " kau tak boleh selamanya lari dari masalah ,,hadapi ia.."

kawan,,,
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia beritahulah aku..aku tak minta kau benci keluargamu..tapi,, aku akan kata " kajilah punca kekecewaanmu,dan paling penting terimalah segala ketentuan allah.."

kawan,,,
 jika kau kecewa dengan hubungan kawan kau tu satu hari nanti ceritalah pada aku..aku tak akan memburukkan dia..tapi aku akan kata " cubalah letakkan diri kau ke dalam dirinya,dan kau akan mengerti.."

tetapi kawan,,,
jika suatu hari aku berdiam diri,,aku tak balas sms kau,,aku tak angkat panggilan dari kau,, hubungilah aku segera..sebab waktu itu aku ermmmm.... aku sangat perlukan kau...dan aku malu untuk mengakuinya.. atau mungkin...aku telah bersemadi diruang nan dalam dan sepi..

oke korang,,di atas adalah satu karya yang erin petik dari blog seorang sahabat.

kenapa erin petik tulisan seorang sahabat itu?? 
sebab erin rasa ada mesej untuk erin di situ..kerana erin rasa , erin akan berbuat semacam apa yang ditulis untuk seorang sahabat dan kerana erin rasa itu juga yang erin harapkan dilakukan oleh seorang sahabat..

dan untuk sahabat yang baca, "persahabatan itu adalah nilai hati..bukan untuk dipendam..tapi untuk ditunjukkan.ditunjjukkan dengan kaedah yang terbaik dan dilandaskan tulus ikhlas kerana Allah..

erin tinggalkan untuk korang tafsirkan sendiri apa yang erin tulis.. mungkin ada kaitannya dengan korang,mungkin juga tidak..tetapi erin yakin selagi mana kita ini punya sahabat,tulisan diatas akan tetap berkait dengan diri kita, dan sahabat-sahabat kita...



:::: persahabat itu sangat indah...


No comments :

Post a Comment