dan selamat petang kawan-kawan semua..=)
hari ni eryn nak berkongsi mengenai orang-orang yang sentiasa berada disekeliling kita dimasa kita berjauhan dengan family kita.. siapa?? yes!! kawan-kawan dan sahabat..memang mereka sangat penting untuk memenuhi keceriaan dalam hidup kita..tapi tak semua dapat menyakinkan kita bahawa rakan-rakan ini betul-betul bermakna..
sepanjang perkenalan kita itulah kita dapat menilai sejauhmana erti PERSAHABATAN,,SETIA KAWAN dan KEPENTINGAN PERIBADI mendahului segala-galanya..
ada rakan yang ketawa dan tersenyum kerana dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi samada dalam situasi senang ataupun susah,terutama ketika kita dalam kesenangan.
ada juga rakan yang menangis, kerana tekejut dan terkilan dengan sikap sahabat yang tidak mempunyai semangat setia kawan dan lebih mementingkan peribadi sendiri,walaupun sebelum ini sudah terlalu banyak yang dibantu rakan tersebut.
ada yang bertanya,apakah pandangan eryn tentang perkara itu.dengan selamber eryn menjawab," anggaplah itu satu proses pembelajaran yang tidak mungkin boleh diperolehi dari mana-mana institusi pengajian". tapi itu betul lah kan?? siapa sokong eryn agkat tangan..uihh ramai-ramai..terima kasih..=P cehh,macam lah eryn nampak..kikikihhh..^_^
ha lagi satu, untuk menilai persahabatan dan setia kawan, perlu menunggu masa kita dalam kesusahan dan kesempitan..kerana waktu itu barulah kita dapat melihat dimana erti persahabatan dan setia kawan yang dijana dengan rasa ikhlas dan kejujuran. siapa dia kawan dan sahabat sebenar kita.. secara peribadi eryn dapat melihat antara kawan dan sahabat itu dua perkara yang berbeza..kawan lebih banyak bersama kita apabila kita dalam situasi yang menyenangkan dan hanya mampu memberi kesenangan kepada orang lain. sahabat pula adalah rakan dan teman yang akan sentiasa bersama kita samada kita dalam keadaan senang ataupun susah..
p/s :
- kawan yang sentiasa menemani kita dalam kesusahan itulah sahabat sejati.
- sahabat juga tidak pernah mengeluh apabila dipinta bantuan.
- so,,ukurlah nilai persahabatan korang..^__^
No comments :
Post a Comment