chantek & kachak

jom baca!!!

starting,, sebelum eryn merepek lebih panjang,,assalamualaikum untuk semuanya yang sudi membaca entry eryn ni..=) 
Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kita masih tidak ada kepercayaan terhadap pasangan kita kan. Walaupun mungkin kita tidak akan mempercayai dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kita meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kita terhadapnya. .bukan bermakna kita tidak menyayangi diri dia , cuma untuk berwaspada sebelum diri kita dipijak oleh penipuan yang diaggap betul oleh kita..betul kan?
so kat sini eryn adakan sediakan beberapa faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan terhadap pasangan kita..
Faktor 1 – Konsisten
Kita mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kita apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kita. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini dia boleh menjerat kita sendiri .. Siapa tahukan!
Faktor 2 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kita juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kita dan dia jujur , ini membolehkan kita berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 3 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kita. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kita sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kita dan dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kita dan dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 4 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 5 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
so,sesiapa yang bercinta jarak jauh seperti eryn ni mestilah mempercayai satu sama lain untuk mengekalkan perhubungan kita .. untuk orang yang paling eryn sayang,, selagi eryn tak curang belakang kamu, tak payahlah tuduh menuduh ,,..yang penting kita kena pandai jaga hubungan kita sebaik mungkin.. tak ada orang ketiga ,, dan tak ada perkara yang menghalang kita terus kekal sehingga kita  di satukan.. 
wahhh wahhh wahh umur baru 20 tahun dah pikir kahwin-kahwin ni.. apa-apalah eryn oii..yang pasti bahagia...untuk insan yang eryn sayang sangat-sangat nih,sayang kamu lah incik faiz.. tolong lah jangan fikir yang bukan-bukan...tiada yang lain lah selain dirimu..
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.
Cantiknya itu tulin dan ia tidak bertopeng.
Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih
.

No comments :

Post a Comment